Sunday, April 4, 2010

Perempuan Suci........

Perempuan yg suci adalah perempuan yg dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya
Kerana Allah teramat menyintainya
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki
Di mana Allah untuk menjaga kita?

Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah mendatangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki
Bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya
Mengapa masih ragu-ragu
Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan
Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya
-Imam Ghazali-

Ukhtiku
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian

Ukhtiku
Aku bangga mendengar tangismu kerana pengorbanan
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran
Dari hidup dalam kesesatan
Kerana jgn lupa ukhtiku
Muliamu bukan pada pangkat dan harta tapi kerana Islam

2 comments: