Thursday, May 27, 2010

Mengejar kesempurnaan...

Setiap orang mengimpikan sesuatu yang terbaik untuk dirinya. Tetapi tanpa sedar kadang kala kita melakukan kesilapan apabila kita terlalu mengejar kesenangan, dan kesempurnaan. Sebagai contoh, bila kita dah dapat yg baik, kita inginkan yg terbaik, maka kita lepaskan yg baik untuk mengejar dan mencari yg terbaik, last2 kita x jumpa yg terbaik itu. Lalu kita berpaling kembali untuk mendapatkan yg baik yg telah kita lepaskan sebentar td. Malangnya kita sudah terlambat sbb yg baik td sudah tiada. Kita sudah terlambat. Maka, kita berputih mata.

Apa yg patut kita buat?? Bersederhanalah dalam semua perkara. Kadangkala apa yg org lain lihat tidak sempurna dan teruk, tp itulah yg paling sempurna dan terbaik untuk kita. Cukuplah kita sendiri hepi, dan senang dengan pilihan kita. Kadang2 kita x dapat nak puaskan hati semua org.

Aku berpendapat, nak buat apa pun kita patut bersungguh-sungguh dalam apa jua yg kita nak. Ada benda yg kita x bole nak test2 dulu, tgk sesuai ke x. Contoh, kalo nak study, study btl2. Jgn separuh jalan. Fikir dulu sebelum buat keputusan. Contoh lagi, kalo sukakan seseorg, kwn dulu, kenal dulu, jgn terburu2 buat keputusan, ini belum apa2 terus nak lebih2. Last2?? Huhu…

Sebagai manusia, kita mmg x pernah puas. Sejajar dengan sifat manusia yg tidak sempurna. Sememangnya tiada manusia yg sempurna. Jd, jgn letakkan expectation yg terlalu tinggi terhadap seseorg. Contoh, kalo kita tgk dia baik, dia juga akan melakukan kesilapan, dia bukan nabi. Dia juga buat silap. Bila kita letakkan expectation yg terlalu tinggi, n dia buat silap, kita akan rasa sangat marah dan kecewa. Di sini di mana silapnya? Silapnya adalah dari kita sendiri sebenarnya. Fikir-fikirkanlah… (^_^)..

Dalam kehidupan, pelbagai onak duri n ranjau perlu ditempuhi untuk survive. Kata- kata ini hanya sesuai untuk mereka2 di luar sana yg sentiasa ingin memajukan diri mereka. Bagi mereka2 yg hanya duduk di rumah goyang kaki, jaga anak, tunggu laki balik keja, kata2 ini mmg x sesuai. Memajukan diri, mencari kesenangan, kemewahan, sememangnya tidak salah. Tetapi terlalu mengejar kesempurnaan tanpa sedar bahawa tidak ada benda yg sempurna di dunia ini, memang silap. Maka sebagai manusia, bermuhasabahlah diri..

No comments:

Post a Comment